Krisis politik Perlis: Pemuda Pas dapat pengajaran siapa KAWAN?
- Suara Keadilan

- Dec 29, 2025
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Hantaran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden di akaun Facebook miliknya mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan pengikut dan pemerhati politik mengenai kedudukan parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Dalam hantaran itu Afnan seolah olah tidak berpuas hati dengan senario politik yang berlaku di Perlis dan tindakan rakan komponen PN sejak minggu lalu.
"Terima kasih kerana mengajar kami erti KAWAN. Akan diingati sampai bila-bila," katanya ringkas dalam hantaran berkenaan.
Hantaran tersebut dipercayai susulan pelantikan Timbalan Pengerusi PN Perlis merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis semalam.
Mohd Shukri Ramli yang juga ADUN Sanglang daripada Pas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar secara sukarela pada Selasa lalu atas faktor kesihatan.
Sebelum ini, Abu Bakar adalah Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Luar Bandar.









Comments