Krisis kemanusiaan di Myanmar menuntut Malaysia untuk mengkaji semula dasar tidak campurtangan sesama negara ASEAN.
Ahli Parlimen Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) berkata, Malaysia perlu menyuarakan agar piagam tidak campurtangan dalam ASEAN diubah menjadi yang lebih proaktif dalam menangani pergolakan politik semasa di Myanmar.
"YB Timbakan Menteri, soalan saya adakah Malaysia akan meminta ASEAN supaya mengkaji semula prinsip ASEAN yang tidak boleh campurtangan dalam hal negeri masing-masing, dikaji semula sekiranya berlaku pembununan beramai-ramai seperti dalam contoh (etnik) Rohingya di Myanmar," katanya.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar menjawab bahawa dalam sidang kemuncak terbaharu prinsip tidak campurtangan tersebut telah diberi pengertian baharu.
Katanya, terdapat negara anggota yang mengambil pendirian dan memberi makna baharu kepada piagam tidak campurtangan itu.
Comments