top of page

Krisis kepimpinan Bersatu-PN pusat merebak ke Johor?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kemelut dalaman yang membadai Perikatan Nasional (PN) ketika ini semakin mengukuhkan keyakinan bahawa hanya kepimpinan yang berprinsip dan bersatu seperti dibawa Kerajaan MADANI, mampu menjamin kestabilan serta membawa pembangunan sebenar kepada negeri dan negara.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Faezuddin Puad (gambar) berkata, peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN di peringkat nasional, diikuti peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor menggambarkan krisis kepimpinan yang melanda gabungan itu di peringkat pusat, kini turut menular ke negeri, khususnya di Johor.


"Peletakan jawatan Dr Sahruddin seorang figura politik yang pernah memegang jawatan Menteri Besar (MB) Johor mencerminkan rapuhnya kepercayaan sesama komponen PN dan kegagalan menyatukan agenda parti untuk menyelesaikan isu rakyat.


"Rakyat Johor memerlukan kepimpinan yang stabil dan fokus kepada agenda sebenar seperti pemulihan ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan, terutama bagi generasi muda.


"Politik yang berulang konflik dan percaturan kuasa seperti yang berlaku dalam PN hanya menambah ketidaktentuan dan mengalih perhatian daripada keperluan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Faezuddin menegaskan, kestabilan politik merupakan syarat asas yang sangat penting bagi memastikan Johor terus bergerak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.


Katanya, ia termasuk memanfaatkan peluang strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan agenda pembangunan belia.


"Negeri ini memerlukan kepimpinan yang fokus bekerja, bukan kepimpinan yang sentiasa bergolak.


"Kami percaya rakyat Johor, khususnya generasi muda, semakin matang menilai kepimpinan berdasarkan prestasi, integriti dan keupayaan sebenar, bukan retorik atau percaturan kuasa semata-mata," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page