top of page

'Kredibiliti calon Perpaduan mampu tarik pengundi KKB'



Oleh: Abdullah Zaid


Kredibiliti calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) dijangka menjadi tarikan utama kepada pengundi untuk memangkah Pakatan Harapan (PH) di kertas undi pada 11 Mei ini.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Mohd Amirul Hafiz Mazli, pengundi lazimnya akan memilih calon berdasarkan kewibawaan, kecekapan dalam menunaikan tanggungjawab, dan kemampuan berhubung dengan rakyat.


"Oleh itu, Kerajaan Perpaduan menurunkan calon wanita muda, Pang Sock Tao yang dilihat mampu memenuhi ciri-ciri tersebut.


"Ini dapat dilihat melalui ‘track record’ beliau yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan memiliki pengalaman dalam politik," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Amirul Hafiz Mazli

Katanya, amat penting PH mengekalkan kemenangan di DUN KKB untuk memastikan perancangan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut akan terus dilaksanakan.


"Hakikat gabungan PH dan Barisan Nasional berada di blok Kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor juga seharusnya menjadi faktor penting untuk pengundi membuat keputusan.


"Hal ini kerana persefahaman antara wakil rakyat yang bakal dipilih dengan Kerajaan Negeri penting bagi memacu pembangunan di Kuala Kubu Baharu.


"Oleh hal yang demikian, para pengundi N.06 Kuala Kubu Baharu perlu membuat pertimbangan bijak dengan memilih calon Harapan," ujarnya lagi.


Sabtu ini, seramai 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan wakil DAP Sock Tao mewakili Perpaduan berhadapan dengan tiga seteru bagi merebut kerusi DUN KKB.


DUN Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 46.4% pengundi Melayu; Cina (30.7%), India (18%) dan lain-lain (5%).


Kawasan yang terletak di bawah Parlimen Hulu Selangor itu pernah diwakili MCA pada 2008. Bermula 2013 hingga 2023, DUN berkenaan dirampas dan dipertahankan DAP.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page