top of page

KPT sahut cabar, bakal laksana anjakan paradigma



Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksana anjakan paradigma sebagai menyahut cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sudah tiba masanya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) keluar daripada persekitaran biasa dengan bertindak lebih pantas bagi memastikan dunia pendidikan tinggi negara tidak ketinggalan.


Anjakan itu jelasnya akan memberi penekanan kepada pelaksanaan segera dasar, program serta langkah intervensi bagi memastikan IPT mampu bersaing di peringkat dunia.


"Kita tidak ada masa untuk berada dalam lingkungan yang biasa-biasa dan mengikut sahaja sedangkan ada hal yang tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan," katanya dipetik selepas menutup Wacana Strategi KPT di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Terdahulu Anwar pada Jumaat melontar cabaran kepada KPT memberikan lebih banyak ruang dan kelonggaran kepada kepimpinan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mewujudkan idea baharu dalam bidang pendidikan negara dalam mendepani cabaran dalam dunia pasca normal bagi memastikan negara tidak ketinggalan.


Sementara itu Zambry ketika menyentuh wacana dua hari itu berkata, hasil perbincangan antara IPT, pemain industri dan pihak berkepentingan yang terbabit akan diguna pakai KPT dalam menetapkan sasaran kerja bagi tahun ini.


"Ia juga memberi peluang untuk kami mengukuhkan perkara yang telah dirancang dengan mendengar pandangan pihak luar tentang program serta rancangan sedia ada KPT," katanya.


Selain itu, Zambry turut menjelaskan akan meneruskan dasar dan perancangan KPT sebelum ini yang dipersetujui sama ada di peringkat universiti, politeknik dan kolej komuniti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page