top of page

KPT anjur Jerayawara Kampus Madani seluruh negara



Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan jelajah atau Jerayawara Kampus Madani ke seluruh negara.


Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jelajah itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan semua pihak dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia yang baharu sekaligus memperkasa hala tuju pendidikan tinggi negara.


"Saya beri masa 12 bulan kepada KPT mengenal pasti tahap pencapaian dan bedah siasat secara menyeluruh masalah yang berlaku dalam institusi pendidikan.


"Dengan cara itu kita akan dapat maklumat tepat sebelum merangka strategi jangka panjang dan memasukkan pelan baharu.


"Saya bersama Timbalan Menteri Pendidikan serta pengurusan tertinggi KPT juga akan turun padang bagi mendapatkan situasi sebenar serta mendengar sendiri keluh kesah pelajar.


"Kita mahu pastikan aspek kebajikan mahasiswa akan dititik beratkan," katanya dipetik.

Dr Zambry berkata demikian ketika berucap pada Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Dewan Tunku Cancelor, Universiti Malaya (UM) pada Jumaat.


Sementara itu beliau menjelaskan, pelan yang akan dirangka merupakan lanjutan dan kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 yang akan tamat pada tahun depan.


"Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) yang ditubuhkan pada tahun lalu sudah memperhalusi dasar semasa dan mengemukakan saranan penambahbaikan bagi tempoh jangka pendek dan sederhana.


"NRC sudah menyediakan landasannya, namun skop dan terma rujukannya tidak termasuk penetapan hala tuju jangka panjang pendidikan tinggi negara," jelasnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page