top of page

KPM tunjuk solidariti kepada Palestin



Oleh: Noraini Nordin


Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.


KPM dalam kenyataan kepada media memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka pihak penganjur terhadap Israel.


Menurut KPM lagi, keputusan itu juga selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.


"KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin.


"Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memutuskan untuk tidak menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 itu.


Dalam catatan di Facebook penerbit tempatan itu berkata keputusan itu selaras dengan pendirian kerajaan Malaysia berhubung konflik di Palestin.


* Kredit foto: Kalderanews.com

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page