top of page

KPM tingkat keselamatan kemudahan sukan di sekolah



Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan kemudahan sukan di sekolah.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata langkah itu bagi memastikan tahap keselamatan di sekolah dapat ditingkatkan susulan kejadian seorang murid Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Bintulu, Sarawak maut selepas ditimpa palang gol ketika menjalankan aktiviti kokurikulum pada awal pagi Jumaat.


Bagi tujuan meningkatkan keselamatan pelajar, Kementerian Pendidikan (KPM) jelasnya akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan pelajar.


"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.


Sementara itu, Fadhlina menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah sekali gus memberi jaminan KPM menerusi JPN akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.


KPM juga jelasnya akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.


"Saya juga memberikan jaminan bahawa KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan tragedi ini," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page