top of page

KPM tidak kompromi salah laku buli di institusi kelolaannya



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekali lagi menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.


Mengulas laporan kes buli yang tular di media sosial pada Sabtu, KPM menegaskan mereka memandang serius isu tersebut dan siasatan dijalankan bagi memastikan ia diselesaikan segera.


"KPM mengambil langkah-langkah awal bagi menangani kes ini berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM.


"Ini termasuk dengan menghubungi ibu bapa/penjaga, menjalankan siasatan yang telus dan terperinci, memaklumkan kes kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua murid terlibat.


"Pihak sekolah juga telah diminta untuk memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan salah laku berkenaan direkodkan," kata KPM dalam satu kenyataan.


Media pada Sabtu melaporkan tindakan seorang pelajar lelaki memukul berkali-kali bahagian muka dan dada rakannya menggunakan topi keledar kerana enggan ponteng sekolah.


Suspek dilaporkan tidak berpuas hati apabila mangsa enggan berbuat demikian dan kemudian memaksanya menaiki motosikal lalu membawanya ke Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam berhampiran sebuah kondominium sebelum memukul pelajar itu berkali-kali.


Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pelajar berusia 15 tahun itu ditahan kira-kira 1.22 pagi bagi membantu siasatan selepas diserahkan ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.


Sementara itu KPM dalam kenyataan menyeru kerjasama seluruh masyarakat untuk tidak menormalisasikan salah laku buli.


KPM menyediakan empat saluran utama bagi membolehkan murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat aduan mengenai kes buli dan gangguan seksual menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, emel adubuli@moe.gov.my dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page