top of page

KPM tidak jalin kerjasama pendidikan dengan Taliban - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 14
  • 1 min read

ree

Malaysia tidak menjalin sebarang perjanjian atau kerjasama rasmi dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan berkaitan bidang pendidikan.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan perkara itu sebagai mengulas lawatan pegawai pimpinan Taliban ke Malaysia pada November lalu untuk melihat amalan terbaik yang boleh dilaksana dalam membangunkan dasar pendidikan di negara tersebut.


"Lawatan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Malaysia pada tahun lalu bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pendidikan di negara ini.


"Malaysia sudah lama diiktiraf sebagai salah satu negara Islam yang moden dan progresif dengan sistem pendidikan yang mampan serta inklusif.


"Namun perlu dinyatakan lawatan tersebut tidak melibatkan sebarang bentuk perjanjian rasmi atau kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia dan Afghanistan dalam bidang pendidikan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.


Terdahulu, seorang Ahli Parlimen bertanyakan soalan mengenai perkembangan berkaitan lawatan yang dibiayai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkaitan usaha menyokong pembangunan kapasiti di Afghanistan.


Sementara itu Fadhlina menegaskan, ketika ini Malaysia belum mengiktiraf Pihak Berkuasa De Facto Afghanistan (PBDFA) pimpinan Taliban.


Beliau turut memberi jaminan bahawa kementeriannya akan mendapatkan nasihat dan panduan Wisma Putra sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama dengan entiti asing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page