top of page

KPM terus tingkatkan keselamatan murid, kebajikan guru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 20 hours ago
  • 1 min read

Usaha memperkukuh tahap keselamatan murid di sekolah akan digandakan melalui pemantauan berterusan serta kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas yang melibatkan pelbagai agensi bagi memperkukuh pemantauan dan mewujudkan ekosistem sekolah yang lebih selamat.


Selain itu jelasnya, kementerian turut mendapat sokongan daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) dalam aspek keselamatan bangunan, longkang, kebakaran dan pengurusan risiko, selain melatih penyelaras keselamatan di sekolah bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan.


"Saya menegaskan bahawa setiap kes yang berlaku, kita lihat kes secara berasingan kerana melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja isu keselamatan semata-mata tetapi juga psikoemosi dan juga keadaan mental anak-anak ini. Itu yang pertama.


"Saya setuju bahawa soal audit soal, pemantauan mesti terus diberikan pengukuhan di peringkat Malaysia dan sebab itu apabila kita bercakap tentang pemantauan audit sebagainya ini, kita melakukannya secara tidak bersorangan.


"Sebuah jawatankuasa telahpun ditubuhkan untuk memastikan seluruh agensi mempunyai pandangan dan memastikan semua agenda-agenda untuk memantau dan mempunyai ekosistem selamat di sekolah dilaksanakan. Sebagai contoh kita mendapat sokongan penuh daripada NIOSH," katanya dipetik di Dewan Rakyat semalam.


Beliau berkata begitu sebagai menjawab soalan berhubung tahap keselamatan murid di sekolah seluruh negara serta langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan, buli dan ancaman lain.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina juga memaklumkan KPM juga terus komited memperkukuh penyediaan dan pengurusan kuarters guru di seluruh negara.


Jelasnya, kementerian kini sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengoptimumkan penggunaan kuarters sedia ada termasuk melaksanakan kerja baik pulih bagi unit yang masih sesuai digunakan bagi memastikan kesejahteraan guru terjamin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page