KPM terbuka cadangan libat pelajar dalam town hall RUU Anti-Buli
- Suara Keadilan

- Sep 28
- 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan cadangan untuk melibatkan murid sekolah rendah dan menengah dalam sesi town hall bagi merangka Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Buli.
Menterinya Fadhlina Sidek (gambar) berkata, pelajar adalah pihak berkepentingan utama dalam isu berkaitan buli dan langkah untuk melibatkan mereka dapat memastikan suara serta pandangan mereka diambil kira.
"Kami tiada masalah dengan cadangan tersebut. Saya fikir ini adalah proses yang memang biasa kita lakukan di peringkat nasional, iaitu mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pelajar.
"Justeru, kami mahu sesi ini benar-benar mencerminkan suara kanak-kanak dan pelajar kerana merekalah yang paling terkesan dengan isu ini," katanya dipetik selepas menghadiri program Temu Rakyat peringkat Parlimen Nibong Tebal pada Sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini berkata, kerajaan bercadang mengadakan sesi townhall bersama pelajar.
Langkah itu bagi mendengar secara langsung pengalaman dan pandangan pelajar berkaitan pelaksanaan tribunal antibuli.
Sesi tersebut jelasnya akan membabitkan pelajar peringkat sekolah rendah, menengah dan sekolah-sekolah berasrama penuh selain universiti.









Comments