top of page

KPM teliti syor jadikan ekosistem sekolah lebih selamat



Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan keselamatan ekosistem sekolah dapat dipertingkatkan.


Menterinya, Fadhlina Sidek memaklumkan pihak kementerian itu sedang memperincikan saranan dan cadangan dikemukakan Jawatankuasa Anti Gangguan Seksual dan Anti Buli dalam kalangan pelajar bagi mendapatkan penyelesaian terbaik berhubung isu berkenaan.


"Saya yakin kita menuju kepada ekosistem selamat dan syor ini dapat memudahkan akses untuk anak-anak mendapatkan bantuan dalam konteks melindungi diri mereka berkaitan isu buli dan gangguan seksual.

"Selain itu, syor tersebut juga dapat menguatkan lagi dasar khususnya polisi perlindungan kanak-kanak yang lebih baik sekali gus memastikan keselamatan mereka di sekolah," katanya ketika ditemui pemberita.


Ketua Wanita KEADILAN itu sebelumnya merasmikan projek rintis Program 3S (Safer Mind, Safer School, Safer Future) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan semalam.


Mengulas lanjut mengenai saranan berkenaan, Fadhlina berkata, ia akan diperincikan dan dimaklumkan kepada umum agar usaha memastikan sekolah dan anak-anak murid lebih selamat serta dapat dijayakan bersama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page