top of page

KPM teliti keperluan wujud jawatan pembantu guru



Kajian sedang dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai keperluan mewujudkan jawatan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugas pendidik.


Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Negara pada Khamis bagi menjawab soalan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengenai perancangan KPM menyelesaikan masalah dihadapi golongan itu.


Menurutnya, ketika ini kerajaan telah melaksana tujuh langkah bagi memastikan golongan tersebut tidak dibebani tugas yang tidak memberi impak kepada pelajar.


Antara langkah berkenaan termasuk memansuhkan pertandingan, sambutan atau majlis pada semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid dan pelaksanaan penilaian kendiri sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2023 yang membabitkan guru kepada setahun sekali saja.


"Kerajaan juga melaksanakan penetapan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel dalam sistem e-kehadiran sekolah KPM iaitu pukul 12 tengah hari untuk sesi pagi dan pukul 5 petang untuk sesi petang.


"Selain itu, kerajaan juga melaksanakan pelantikan pengawas peperiksaan awam terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institut pengajian tinggi.


"Penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah saja. Autonomi guru dalam perancangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah pula diperkukuh dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sebagai rujukan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page