top of page

KPM tawar biasiswa untuk 300 pelajar cemerlang STPM 2024

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 1 min read
ree

Kementerian Pendidikan (KPM) bakal menawarkan 300 biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, biasiswa yang ditawarkan itu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti awam tempatan.


"Inisiatif julung kali itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada lepasan STPM yang berkelayakan dan berpotensi besar untuk menjadi pendidik profesional.


"Sebelum ini, laluan ke IPG hanya dibuka kepada lepasan SPM. Kini kita buka peluang lebih luas kepada lepasan STPM yang cemerlang agar mereka turut menyumbang dalam memperkasa sektor pendidikan negara," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warga Asing (SKBMW) di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia di Selayang pada Rabu.


Mengulas lanjut, Fadhlina berharap tawaran biasiswa ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar STPM melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.


"Saya harap lepasan STPM boleh mohon (nanti) dan kemudian melihat tawaran ini untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam. Ini yang sedang kita beri perhatian iaitu melihat kepada bakat dan potensi yang sudah mencapai keputusan STPM amat baik untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang pendidikan.


"Kita mahu angkat martabat pendidikan negara dengan melahirkan tenaga pengajar yang bersemangat, beriltizam dan berkualiti. Ini adalah antara usaha memastikan sistem pendidikan kita terus maju dan berdaya saing," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page