top of page

KPM sokong modul penilaian baharu Sarawak



Kementerian Pendidikan (KPM) menyokong modul penilaian baharu yang diasaskan oleh negeri Sarawak, jelas menterinya Fadhlina Sidek.


Bercakap pada sidang media Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital di Bangi pada Selasa, Fadhlina berkata modul penaksiran kepada pelajar negeri tersebut yang berada di tahun enam disambut baik oleh kementeriannya kerana selaras dengan matlamat KPM dengan hala tuju untuk sentiasa memastikan pentaksiran pendidikan negara diperkukuhkan selalu.


"Jadi, kalau Sarawak (modul pentaksiran) masih lagi dalam dasar pentaksiran ini, saya rasa modul itu tidak akan pergi jauh dan kita sedia membantu untuk memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak," katanya.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas pemakluman Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn bahawa negeri itu akan melaksanakan peperiksaan khas untuk murid darjah enam yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Modul Sarawak bermula pada tahun 2025.


Penilaian itu jelasnya bagi menilai pencapaian sebenar pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.


Menurut Roland Sagah, modul penilaian itu akan memberi tumpuan terhadap penilaian mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.


Pihaknya juga bersedia menerima sebarang input daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung cadangan penggubalan sistem penilaian tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page