top of page

KPM sedia RM12.5 juta naik taraf SK Ulu Ansuan



Kemudahan dan fasiliti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah dalam proses tambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pihaknya mengambil maklum rakaman video oleh seorang guru besar yang tular baru-baru ini berhubung isu kemudahan di sekolah berkenaan.


Menurut KPM, kerja pembinaan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk pembelian perabot yang sedang rancak dilaksanakan dan ia melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM12.5 juta.


"KPM cakna mengenai video tular seorang guru besar sekolah itu yang tidak mempunyai kediaman dan terpaksa tinggal di sekolah.


"Perkara ini dipandang serius kerana ia melibatkan kesejahteraan guru, murid dan seluruh warga sekolah," kata kenyataan itu.


Kenyataan sama turut menjelaskan pembinaan empat kuarters baharu di sekolah berkenaan sudah diluluskan ketika pembentangan Belanjawan 2024.


"Bagi penyelesaian jangka pendek kediaman guru di sekolah itu pula, KPM telah siap melaksanakan projek selenggara kuarters dengan peruntukan RM200,000," katanya.


Terdahulu pada Sabtu, media melaporkan Guru Besar SK Ulu Ansuan, George Odol yang akan bersara wajib pada 27 Nov ini, tinggal di dalam sebuah stor sekolah selama lebih tiga tahun untuk meneruskan perjuangannya mendidik anak bangsa.


George yang ditugaskan ke sekolah berkenaan sejak 2020 dipetik berkata, guru di sekolah itu terpaksa menumpang di rumah penduduk kampung dan kelas yang diubah suai, selain dua rumah ala kadar sebagai kemudahan bagi cikgu, dibina di atas keprihatinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Namun, George mengakui, tidak kesal sebagai guru dalam kalangan etnik Kadazan Dusun yang terpaksa mengorbankan keselesaan menetap di kawasan pekan atau di bandar, semata-mata untuk mengajar di sekolah pedalaman.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page