top of page

KPM sedia pelan hadapi kemungkinan gelombang kedua banjir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 28
  • 1 min read

Fadhlina jamin KPM sediakan pelan kecemasan hadapi kemungkinan banjir pusingan kedua
Fadhlina jamin KPM sediakan pelan kecemasan hadapi kemungkinan banjir pusingan kedua

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL), termasuk melaksanakan pelan kecemasan sekiranya sekolah terjejas banjir.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM sentiasa menjalinkan pertukaran maklumat secara berterusan bersama agensi pengurusan bencana terutama membabitkan perubahan cuaca, pemindahan mangsa dan situasi di sekolah yang terjejas.


"Kita sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan kerana mereka berperanan penting dalam penyaluran maklumat mengenai bencana.


"Kita juga melaksanakan Ops Payung bagi membantu membuat keputusan pemindahan, pembukaan Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak terjejas," katanya dipetik selepas menyantuni mangsa banjir di PPS SK Changkat Jawi, Arau pada Khamis.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut memaklumkan bahawa proses penilaian kerosakan sekolah akibat banjir akan dipercepatkan.


Langkah itu bagi memastikan kerja pembaikan dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan baharu bermula.


"KPM juga sedang menilai keperluan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di sekolah terjejas sehingga tamat penggal persekolahan tahun ini.


"Jika sekolah sudah pulih, murid akan kembali belajar seperti biasa. Buat masa ini, PdPR diteruskan kerana itu pilihan yang kita ada dan ia juga bergantung kepada permintaan pihak sekolah," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page