top of page

KPM sasar tingkat enrolmen murid prasekolah, tangani isu keciciran



Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid prasekolah kepada 90% berbanding 80% ketika ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri, di Alor Setar baru-baru ini beliau menjelaskan usaha itu sebagai langkah awal mengekang keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah.


Untuk itu jelas Fadhlina, KPM akan membuka lebih banyak prasekolah selain melakukan kempen advokasi kepada ibu bapa untuk menggalakkan mereka menghantar anak-anak ke prasekolah bagi mendapatkan pendidikan awal.


"Enrolmen prasekolah (ketika ini) adalah sekitar 80%, sekolah menengah lebih kurang 78% jadi agak rendah berbanding dengan sekolah rendah yang kita wajibkan itu iaitu pada kadar 98%.

"Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu kita beri tumpuan enrolmennya iaitu prasekolah dan juga sekolah menengah," katanya.


Beliau berkata, antara faktor kadar enrolmen prasekolah rendah adalah disebabkan kemiskinan iaitu ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke prasekolah, selain kekurangan kelas prasekolah yang sedang ditangani di peringkat kementerian.


Mengulas mengenai keciciran di peringkat sekolah menengah, beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi dijangka akan dapat memastikan pelajar kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page