top of page

KPM sasar 10,000 sekolah dilengkapi smartboard menjelang 2027

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 19
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan 10,000 sekolah di seluruh negara dilengkapi kemudahan papan pintar atau smartboard menjelang 2027.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, usaha itu selari hasrat kerajaan untuk memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara.


"Penggunaan papan pintar digital mampu membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih interaktif, berkesan dan melancarkan perkembangan pendidikan dalam kalangan murid sekali gus memperkasakan murid dengan kemahiran untuk bersaing dalam era digital masa kini.


"Kita berharap sasaran semua sekolah di seluruh negara dilengkapi smartboard (papan pintar) menjelang 2027 akan dapat dicapai,'' katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Majlis Penyerahan Smartbord dan Pengisytiharan Pencapaian 100 peratus penajaan Smartboard Sekolah-Sekolah di Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Wan Sajiri Wan Hassan pada Jumaat.


Pada majlis itu beliau turut memaklumkan, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mencapai 100 peratus penggunaan papan pintar di semua 396 sekolah di seluruh negeri.


Kejayaan itu hasil kerjasama erat pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, kerajaan negeri dan juga rakan sinergi antaranya Public Bank.


''Kita ucapkan syabas kepada Pulau Pinang atas komitmen luar biasa ini, saya harap usaha Pulau Pinang melengkapkan sekolah dengan smartboard (papan pintar) ini, diikuti oleh negeri-negeri yang lain,'' tambahnya.


Sementara itu Fadhlina turut menegaskan, meskipun teknologi memainkan peranan penting dalam memperkasakan sistem pendidikan, peranan guru tidak pernah tergugat malah kekal sebagai elemen terpenting dalam pembentukan sahsiah dan moral pelajar.

1 comentario


Ariska sarah
Ariska sarah
08 may

Daftar kabar4d dapat bocoran pola gacor!

Me gusta

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page