top of page

KPM perlu sediakan saluran khas guru luah masalah



Jawatabkuasa Pendidikan Pakatan Harapan mempersoalkan tindakan Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memanggil sebilangan guru didakwa mengeluarkan kenyataan kritikal mereka kepada KPM.


Menurut jurucakap Jawatankuasa berkenaan, Dr Maszlee Malik, kritikan dan luahan hati para guru tidak sewajarnya dihadapi dengan langkah seperti itu.


"Kami mengambil maklum kenyataan media yang mengatakan sebilangan guru dipanggil Unit Integriti KPM


"Panggilan itu dipercayai berkaitan dengan sebilangan guru yang mengeluarkan kenyataan kritikal mereka kepada KPM agar dapat menambah baik perkhidmatan dan polisi, khususnya berkaitan dengan beban guru, kebajikan guru dan juga silibus yang mebebankan anak anak sekolah," katanya dalam sidang media di Parlimen.


Menurut Maszlee lagi, biasanya unit integriti terlibat untuk melihat salah laku


Katanya, Jawatabkuasa Pendidikan PH melihat isu isu yang dibangkitkan oleh guru tersebut sama ada di media sosial mahu pun di media arus perdana bukanlah isu politik, mahu pun gangguan seksual yang mampu menggugat profesionalisme seseorang guru sehingga guru yang bersuara itu dipanggil oleh bahagian intergriti kementerian.


"Jawatnakuasa Pendidikan PH berpandangan KPM perlu bersikap lebih terbuka dan menyediakan saluran khas supaya guru guru boleh menyatakan pandangan mereka bekaitan masalah yang timbul terutama menghadapi norma baharu selepas sekolah dibuka


"Mereka perlu diberi autonomi untuk melakukan kreativiti masing masing sama ada di peringkat guru mahu pun di peringkat anak anak.


"Normal apabila ada keluh kesah, aduan dan pandangan kritis, kerana kita tahu mereka juga manusia baisa.


"KPM perlu faham dengan keadaan guru pada waktu ini. Bila guru tidak boleh meluahkan masalah mereka maka mereka akan tertekan dan tidak baik untuk mereka dan murid," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page