top of page

KPM perlu perkenal pendekatan baharu tangani jenayah keganasan di sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 21
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mengambil tindakan segera dan menyeluruh bagi menangani isu jenayah seksual serta keganasan yang berlaku di institusi pendidikan, susulan insiden tragik rogol dan bunuh di kawasan sekolah baru-baru ini.


Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Suara Madani menzahirkan rasa bimbang terhadap tahap keselamatan pelajar dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tamparan besar terhadap sistem perlindungan murid di sekolah.


"Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menimba ilmu dan membina sahsiah, namun realiti kini menunjukkan sebaliknya," tegas persatuan itu.


Tambahnya, KPM tidak boleh memandang ringan isu keselamatan pelajar dan perlu segera melaksanakan langkah-langkah drastik bagi memastikan kejadian seumpama tidak berulang.


Sehubungan itu, Suara Madani mencadangkan agar ditubuhkan satu pasukan khas keselamatan sekolah yang melibatkan pelbagai agensi termasuk polis dan kaunselor terlatih; Pelaksanaan audit keselamatan menyeluruh di semua sekolah, khususnya di kawasan berisiko tinggi; Pengenalan sistem aduan sulit dan selamat bagi pelajar melaporkan sebarang gangguan atau ancaman dan pengukuhan pendidikan akhlak, sahsiah dan pendidikan seks berasaskan nilai untuk meningkatkan kesedaran tentang maruah serta keselamatan diri.


"Keselamatan pelajar bukan sekadar isu disiplin, tetapi isu kemanusiaan dan moral yang menuntut komitmen serius daripada semua pihak, khususnya pihak kementerian," tegas kenyataan itu lagi.


Persatuan Suara Madani turut menyeru warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat agar menjadi “mata dan telinga” bagi mencegah sebarang bentuk jenayah terhadap kanak-kanak di peringkat awal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page