top of page

KPM perkukuh polisi kementerian mulai tahun hadapan



Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkukuhkan polisi-polisi yang diperkenalkan agar lebih teratur mulai tahun hadapan.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, langkah itu merupakan sebahagian dari agenda reformasi yang bakal dilaksana kementeriannya bagi memperkukuh ekosistem persekolahan.


Berucap ketika berucap pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat, beliau memaklumkan ia termasuk memperkukuhkan dasar berkaitan pengukuhan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah serta menambah baik Kurikulum Persekolahan 2027 sebagaimana yang diperkenalkan Rabu lepas.


"Sepanjang tahun, kami melaksanakan pelbagai garis panduan baharu terutamanya dalam kes buli dan gangguan seksual.


"Tahun depan bagi saya adalah tahun lebih mencabar kerana banyak dasar yang lebih baik akan kita perkukuhkan sebagai contoh pengukuhan bahasa Inggeris akan bermula pada tahun hadapan setelah mengukuhkan bahasa Melayu tahun ini.


"Semua ini penting sebagai refleksi komitmen KPM dalam merealisasikan ekosistem sekolah yang lebih selamat dan penyayang.


"Kita juga berhasrat besar untuk melihat reformasi pendidikan dilaksanakan dengan lebih teratur dan mengungkap konsep pendidikan serta dasar yang lebih baik apatah lagi dengan adanya beberapa garis panduan penting yang telah kita laksanakan tahun ini," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementeriannya turut memberi fokus kepada beberapa isu mengenai pendidikan negara iaitu antaranya sekolah daif dan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).


Jelasnya, KPM tidak akan menghentikan program-program tersebut supaya ibu bapa tidak akan terbeban untuk memastikan anak-anak mereka ke sekolah.


"Kami tidak akan menghentikan program ini untuk memastikan ibu bapa diberi keringanan pada musim masuk sekolah.


"Oleh itu, pemberian BAP akan diberikan seawal pembukaan sekolah tahun hadapan, berjumlah RM150 kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosioekonomi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page