top of page

KPM perkukuh pengajaran melalui bantuan, geran pendidikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 10
  • 1 min read

Fadhlina berucap di Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan di Putrajaya
Fadhlina berucap di Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan di Putrajaya

Kementerian Pendidikan (KPM) komited meneruskan penyaluran pelbagai bantuan dan geran pendidikan bagi memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi kelolaannya sepanjang tahun.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, antara geran disediakan kementeriannya termasuk Geran Peralatan Sekolah, Geran Alat Bantu Mengajar, Geran Program Silang Budaya serta sokongan penguasaan bahasa dan literasi.


Bantuan turut meliputi murid berkeperluan khas bagi memastikan akses pendidikan yang saksama tanpa mengira latar belakang.


"Geran-geran ini diberikan bagi mengukuhkan semangat perpaduan, memperkasakan pendidikan dwibahasa, serta menyokong murid dalam aktiviti membaca dan penguasaan bahasa.


"Semua inisiatif ini adalah untuk memastikan hak pendidikan murid terpelihara, sambil memperkukuh sokongan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran," ujarnya.


Fadhlina berkata begitu kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan di Putrajaya pada Jumaat.


Dalam pada itu beliau turut menegaskan, KPM akan terus memantau pelaksanaan geran serta bantuan ini supaya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pelajar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page