top of page

KPM perkenal pembentukan karakter, kukuh nilai, sahsiah murid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 3
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Program Pembentukan Karakter murid secara menyeluruh mulai 2026 bagi memperkukuh nilai murni dan sahsiah murid.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, program itu bukan subjek baharu tetapi diintegrasikan dalam semua subjek pelajaran seperti Sains, bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya.


"Ia (Program Pembentukan Karakter) adalah sebahagian besar daripada yang kita sebut sebagai merentas semua disiplin ataupun subjek.


"Pembentukan karakter ini adalah pendekatan kita untuk meneguhkan kembali soal nilai, karakter, adab dan akhlak anak-anak yang pastinya sekarang ini menjadi tumpuan semua pihak," katanya dipetik.


Terdahulu, Fadhlina merasmikan Seminar "Wacana Fikrah Siddiq Fadzil: Karamah Insaniyah - Pencetus Negara Bangsa" sempena Muktamar Wadah Negeri Pulau Pinang di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, di George Town pada Ahad.


Pada sidang media itu beliau menegaskan, keputusan pelaksanaan program itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya adalah komitmen KPM sepanjang Kementerian itu wujud.


"Jadi, jangan risau. Beri ruang untuk perjalanan kurikulum kitaran baharu ini, kita akan mula lebih awal dengan anak-anak prasekolah pada tahun depan kemudiannya akan terus dibawa untuk 2027.


"Latihan khas dan sokongan akan diberikan kepada guru bagi memastikan pelaksanaan kurikulum baharu itu berjalan dengan berkesan," tambah Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page