top of page

KPM pastikan tahap kesiapsiagaan tinggi hadapi Monsun Timur Laut

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 2
  • 1 min read
ree

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited memastikan pihaknya berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir di beberapa negeri susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal melanda.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, baru-baru ini beliau sendiri turun padang ke Kelantan dan Kedah untuk meninjau beberapa sekolah yang berisiko banjir dan melihat sendiri tahap persediaan dilaksana untuk memastikan keselamatan serta kebajikan murid dan seluruh warga pendidikan berada pada tahap terbaik sekiranya berlaku banjir.


"Saya mendengar dengan teliti setiap pembentangan berkaitan persediaan dan penyelarasan menghadapi kemungkinan banjir, termasuk pelan mitigasi pengoperasian institusi pendidikan sebelum, semasa dan selepas bencana serta langkah pengurusan maklumat.


"Kesiapsiagaan ini turut meliputi keperluan melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam situasi banjir," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook pada Sabtu.


MTL atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di negara ini dijangka bermula pada Selasa depan (5 November) dan berterusan sehingga Mac 2025.

Sementara itu Fadhlina menerusi hantaran sama turut berkongsi pengalaman semasa lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Haji Idris, Pendang, Kedah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"Alhamdulillah, pengoperasian di PPS ini berjalan lancar. Anak-anak yang ditempatkan di sini masih dapat mengikuti sesi pembelajaran serta pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh Academic Support Team dan Smart Support Team KPM," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page