top of page

KPM pastikan peruntukan sekolah daif diguna sebaik mungkin



Dalam usaha untuk memastikan peruntukan mengatasi masalah sekolah daif di Sabah dan Sarawak dapat digunakan sebaik mungkin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melihat semula senarai sekolah terlibat.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tumpuan diberikan kepada kedua-dua negeri itu kerana masalah melibatkan sekolah daif dihadapi kedua wilayah itu lebih serius berbanding negeri lain.


"Secara keseluruhan kita ada RM900 juta untuk semua sekolah, bukan Sabah dan Sarawak saja. Tapi kita akan tengok balik Sabah dan Sarawak.


"Sabah adalah antara yang terbanyak (sekolah daif)," katanya ditemui selepas meninjau masalah bangunan tidak selamat dan ancaman banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kinarut, di Papar, Sabah.


Untuk rekod, pada pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM55.2 bilion untuk KPM.


Sebanyak RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah dan RM900 juta untuk kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan, Cina dan Tamil.


Sementara itu, Fadhlina berkata daerah Ranau di Sabah merekodkan paling banyak sekolah daif iaitu 44 sekolah, manakala lapan sekolah daif dikenal pasti di daerah Papar.


Kebanyakan bangunan di sekolah daif iti jelasnya berada pada skala enam dan tujuh yang bermaksud tidak selamat diduduki.


"Dalam kes bangunan tidak selamat diduduki ini, tindakan kita ialah memindahkan murid ke bangunan yang disediakan.


"Bangunan yang daif itu pula akan diselenggara tetapi bagi yang berada pada skala enam dan tujuh, bangunannya perlu diganti.


"Ia berbeza dengan bangunan usang kerana ada yang usang tapi tidak daif dan masih boleh digunakan, manakala daif bermakna murid perlu dikeluarkan dari bangunan itu," katanya.


Selain itu Fadhlina berkata, sejak 2016 sehingga kini sebanyak 980 sekolah daif telah disenaraikan dan 380 daripadanya ditumpukan pada belanjawan tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page