top of page

KPM pastikan pemerkasaan BM seiring pengukuhan Bahasa Inggeris



Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Katanya, Bahasa Inggeris bukan sekadar mata pelajaran yang perlu dipelajari, tetapi alat berharga yang boleh membuka pintu kepada dunia yang penuh kemungkinan.


Bagaimanapun tegas beliau, pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris supaya kedua-duanya tidak dipinggirkan.


"Satu langkah penting ke arah ini ialah pelaksanaan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris).


"Dasar ini adalah untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sambil memanfaatkan potensi ekonomi bahasa Inggeris sebagai bahasa global," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah 'ELS Language Centres (ELS) English Language Ambassador Award Essay Writing Competition' di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur pada Khamis.


Sementara itu tambahnya, selain usaha memperkasa kedua-dua bahasa itu, kerajaan turut menumpukan kepada empat aspek lain iaitu digital; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluasan prasekolah.


"Jadi usaha seperti ini, kita harap dapat kita kembangkan, sebab itu saya buka ruang yang seluasnya untuk kita terus bekerjasama dengan semua pihak, khususnya dalam aspek-aspek yang saya sebut tadi dan hala tuju negara ketika ini," katanya lagi.


Terdahulu, Fadhlina menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang pertandingan penulisan Bahasa Inggeris dalam talian yang disertai seramai 30,987 pelajar tingkatan lima dan empat dari 516 sekolah di seluruh negara tahun lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page