top of page

KPM pandang serius insiden jeti roboh



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian serius insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna membabitkan pelajar sekolah semalam.


KPM dalam satu kenyataan berkata, bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat telah disediakan, manakala pihak kementerian melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna telah mengambil langkah bagi menyiasat punca kejadian.


"KPM memandang serius terhadap insiden tersebut dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan dan keadaan struktur jeti yang selamat digunakan.


"KPM juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada bagi memastikan agar kejadian seperti ini tidak berulang," menurut kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook Menterinya, Fadhlina Sidek itu.

Dalam insiden pagi semalam, kira-kira 25 orang termasuk, murid tabika KEMAS, dua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag dan ibu bapa pelajar terjatuh ke dalam laut selepas jeti di Pulau berkenaan roboh.

Berdasarkan laporan awal mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang menaiki jeti di kampung untuk ke sekolah.


Dua orang murid cedera ringan manakala mangsa lain dilaporkan selamat dalam kejadian itu.


Sementara itu, Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah dilapor telah meluluskan peruntukan segera bagi membina semula jeti tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page