KPM nafi dakwaan program kementerian diadakan di gereja
- Azuan Ab Rahman

- 2 hours ago
- 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan kononnya sesi libat urus (SLU) bersama pihak berkepentingan tadika swasta zon utara yang berlangsung pada Khamis, diadakan di sebuah gereja.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad menafikan fitnah yang tular itu. Beliau menegaskan, sesi tersebut telah dilaksanakan di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berdaftar dengan kementerian.
Beliau menjelaskan pemilihan lokasi dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan dan fasiliti yang tersedia selain bertujuan mengetengahkan peranan sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan swasta negara.
"Pemilihan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption juga membuktikan sinergi yang baik antara KPM dan pihak penyedia pendidikan swasta," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan dakwaan yang sengaja ditularkan itu jelas fitnah berniat jahat dan cubaan menimbulkan kekeliruan dan memburukkan imej KPM dalam kalangan rakyat.
Justeru, mengambil mengambil ibrah bulan Ramadan, KPM menyeru semua pihak untuk meningkatkan amal ibadah dan tidak terjebak dalam perbuatan fitnah yang ditegah agama.




Comments