top of page

KPM mula usaha selesai lambakan siswazah perguruan



Isu graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), yang berdepan masalah penempatan di sekolah dijangka selesai tidak lama lagi.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memulakan usaha proaktif ke arah itu dan berharap ia dapat diselesaikan secara berperingkat tahun ini.


"Kita (KPM) sudah ada buat usaha dengan SPP untuk menangani isu itu. Gerakan dan tindakan proaktif kita adalah bersama SPP," katanya sambil menegaskan pihak kementerian akan mengambil pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam isu itu.


Fadhlina ditemui pemberita selepas melancarkan Buku Sokongan Pendidikan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.


Media sebelum ini melaporkan seramai 4,390 lepasan ISMP menamatkan pengajian masing-masing antara 2011 hingga 2020, namun sebahagiannya masih tidak mendapat panggilan temuduga untuk ditempatkan di sekolah.


Pada Ahad lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan KPM, untuk mencari kaedah berhubung isu lambakan siswazah perguruan di negara ini.


NUTP berkata, kecenderungan universiti awam dan swasta dalam melahirkan siswazah perguruan tanpa unjuran keperluan KPM, menyumbang kepada isu pengangguran dalam kalangan graduan bidang tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page