top of page

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi



Kementerian Pendidikan (KPM) pada Sabtu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi susulan saranan penerbitannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul itu akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.


Dengan adanya modul berkenaan, beliau berharap ia akan membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan khususnya untuk memastikan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.


"Saya tiada masalah untuk nilai-nilai dalam hadis dibawa ke sekolah dan dalam masa sama, komitmen kita besar untuk melihat anak muslim benar-benar menghayati hadis 40 berkaitan nilai baik.


"Satu daripada hadis Ad Deen An Nasihah bermaksud agama itu adalah nasihat dan inilah yang nak cuba terjemah bila kita minta untuk menghayati semula hadis. Cabaran kita hari ini memastikan semua orang bercakap perkara baik di sebalik kebanjiran idola dan kemarau teladan," katanya.


Fadhlina sebelumnya menyampaikan ucapan pada Karnival dan Peluncuran Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di SMKA Putrajaya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM Omar Salleh berkata modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengukuhan dalam dan luar bilik darjah dan tidak terhad kepada sekadar membaca hadis sahaja.


Ia termasuk aktiviti seperti pembacaan dan huraian hadis 40 selepas solat, mewujudkan sudut info pengajaran hadis, perkongsian pengajaran hadis dalam perhimpunan mingguan, gotong-royong bertemakan amalan hadis 40 dan silang budaya.


"Kaedah penerapan dirangka ini secara tidak langsung mampu memupuk kasih sayang dalam kalangan murid, manakala penganjuran aktiviti silang budaya yang diterjemahkan melalui modul ini mampu membina karakter dan semangat perpaduan mengikut acuan masyarakat majmuk di Malaysia," katanya.


Difahamkan modul hadis 40 itu merangkumi semua aspek kehidupan seperti iman, moral, nasihat dan komunikasi.


Perdana Menteri pada 25 Mei lalu mahu kerajaan mengambil inisiatif melalui KPM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi bagi diedarkan di seluruh sekolah.


Ia supaya penghayatan hadis 40 bermula di peringkat sekolah lagi serta dapat memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page