top of page

KPM lancar Dasar Pendidikan Digital



Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) sebagai usaha kerajaan melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing membabitkan pendidik dan murid.


Dilancarkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Bangi Avenue pada Selasa, ia menggariskan empat objektif mencakupi usaha KPM untuk membangunkan murid fasih digital.


Usaha itu sebagai memenuhi keperluan era digital serta mengupayakan pendidikan dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.

KPM turut mengunjurkan dasar itu dapat memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital selain berupaya mengoptimumkan penglibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.


Dalam ucapannya, Fadhlina berkata pihaknya yakin menerusi teras strategik berkenaan, murid berupaya mengguna pakai teknologi digital untuk pembelajaran serta memanfaatkan inovasi dan transformasi digital di sekolah, rumah atau di mana sahaja.


"Namun begitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari masih terdapat jurang digital antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.


"Bagi mengurangkan jurang akses sumber pembelajaran murid terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, KPM memperkasakan sebanyak 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan 16 Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara sebagai pusat kecemerlangan (COE) bagi inisiatif pendidikan digital.


"Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di COE ialah penghasilan video PdP, aktiviti robotik, pengaturcaraan dan realiti maya (virtual reality - VR).


"Semua pusat itu dibekalkan dengan peralatan dan perkakasan studio digital dan hab penghasilan digital (digital maker hub -DMH) yang boleh digunakan oleh murid dan guru bagi meningkatkan kompetensi digital, membangunkan kandungan dan melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)," kata Fadhlina.


Dalam pada itu, beliau berkata KPM juga sedang menambah baik kemudahan kelas hibrid di 110 buah institusi pendidikan terpilih yang melibatkan 550 buah bilik darjah.


Dengan pelaksanaan rintis kelas hibrid ini, ia jelasnya akan mengupayakan PdP secara digital dan bersemuka dalam satu ekosistem yang sama.


"Kesemua inisiatif ini dapat menambah baik ekosistem pendidikan digital secara berterusan," tambahnya.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page