top of page

KPM laksana program penandaan opsyen mata pelajaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28, 2023
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius terhadap isu kekurangan guru dan sedang berusaha mengatasinya secara berperingkat.


Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihak kementerian kini melaksanakan Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru bagi beberapa subjek teras di negara ini bagi menangani isu tersebut.


"Hakikatnya, kekurangan guru bukan sahaja berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) malah berlaku di Sekolah Kebangsaan.


"KPM kini sedang giat berusaha untuk melaksanakan proses penandaan opsyen mata pelajaran pengajaran para guru khususnya bagi SJKC dan SJKT di seluruh negara demi mendapatkan data guru mengikut mata pelajaran yang tulen serta komprehensif," jelasnya.


Hui Ying sebelumnya berkata demikian dalam ucapan pada lawatan kerja ke SJKC Cheng Siu 1 & 2, di Batu Pahat pada Ahad.


Sementara itu tambahnya, KPM telah selesai proses penandaan opsyen mata pelajaran pengajaran di 6 negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah serta Perlis, dan seterusnya akan diadakan di Johor pada 7 September depan.


"Saya berharap dengan usaha proses penandaan opsyen mata pelajaran akan memberikan data guru mengikut mata pelajaran yang tulen demi menambah baik unjuran pengambilan guru pelatih bagi tahun depan


"Melalui proses penandaan ini, kementerian dapat mengenal pasti isu-isu keperluan opsyen guru di SJKC dan SJKT dengan lebih terperinci dari aspek lebihan keperluan opsyen, serta tindakan susulan yang perlu diambil


"Usaha ini sangat mustahak bagi mengenal pasti dan menangani isu lebihan guru bagi opsyen Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan kekurangan guru dalam opsyen lain," tambah Hui Ying.


Difahamkan, setakat 31 Januari lalu sebanyak 19,431 kekosongan melibatkan guru iaitu kira-kira 4.49 peratus.


Kekosongan berlaku berikutan dari persaraan wajib guru, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page