top of page

KPM komited tangani isu pertukaran guru, mohon warga pendidik bersabar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 11
  • 2 min read

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang giat menangani isu pertukaran guru yang berjauhan dengan keluarga, dan menjaminn bahawa setiap permohonan akan diuruskan dengan sebaiknya.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, kementerian memahami keperitan yang dihadapi golongan pendidik dalam isu duka lara guru, namun meminta agar mereka terus dapat bersabar.


"Semua permohonan akan dipertimbangkan dengan teliti dalam menyusun keperluan pendidikan negara dan permohonan.


"Proses guru berjauhan, kita utamakan dulu di samping alasan lain termasuk isu kesihatan dan keselamatan.


"Maka kita minta guru-guru bersabar, dan kita uruskan dengan sebaik mungkin," katanya dalam sidang media di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal pada Selasa.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) baru-baru ini mendakwa isu pertukaran guru sukar ditangani akibat ketidakseimbangan permohonan antara negeri.


Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Putrajaya mencatat jumlah permohonan masuk yang jauh lebih tinggi berbanding permohonan keluar.


Mengulas lanjut, Fadhlina menjelaskan bahawa KPM menetapkan tiga prinsip utama dalam proses pertukaran guru: kekosongan jawatan, keperluan opsyen, serta kepentingan dan keperluan perkhidmatan.


Namun, dalam usaha menunjukkan empati terhadap keluhan guru, kementerian telah melonggarkan dasar terdahulu dengan membenarkan permohonan pertukaran dibuat tanpa syarat bagi guru yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun, berbanding tiga tahun sebelum ini.


"Bila kita umumkan perkara itu, ia terbit daripada rasa empati dan keprihatinan yang tinggi terhadap aduan berkaitan pertukaran yang tersekat selama ini.


"Kita cuba bantu dan kurangkan tempoh kelayakan daripada 36 bulan kepada dua tahun tanpa syarat tambahan," katanya.


Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa sebarang keputusan tetap perlu mengambil kira ekosistem pendidikan yang seimbang, termasuk kekosongan jawatan di lokasi permohonan.


Fadhlina, pada Sambutan Hari Guru ke-54 di Kuching pada 16 Mei lalu mengumumkan enam inisiatif baharu untuk warga pendidik, termasuk kemudahan permohonan pertukaran guru tanpa syarat selepas dua tahun berkhidmat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page