top of page

KPM komited sedia pendidikan berkualiti buat semua



Pendidikan berkualiti adalah hak buat semua pelajar merentasi batasan kaum, agama atau status sosial.


Sehubungan itu, jelas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Kerajaan Perpaduan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyediakan peluang untuk pelajar menikmati pendidikan berkualiti yang sekaligus akan mengubah kehidupan masyarakat ke arah lebih baik.

"Pendidikan berkualiti adalah asas bagi membangunkan Malaysia Madani, seperti yang turut disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru," katanya di Facebook sebagai mengulas kenyataan negara disampaikannya di Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-42, di Paris pada Jumaat.


Fadhlina sementara itu turut menegaskan kerajaan membuka peluang ekonomi yang lebih luas, menoktahkan kemiskinan serta ruang untuk mobiliti sosial untuk semua rakyat.


Dalam perkembangan sama, Fadhlina menyifatkan penyertaan beliau dalam Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan UNESCO merupakan satu penghormatan buat dirinya.


"Persidangan kali ini mengangkat agenda Pendidikan Damai yang mengungkapkan peranan setiap negara dalam memupuk budaya damai, harmoni dan mesej keamanan menerusi peranan pendidikan.


"Memetik kata Maria Montessori, pendidikan adalah senjata terbaik untuk kedamaian (Education is the best weapon for Peace), selamanya peranan pendidikan harus tuntas mengangkat tema kemanusiaan sejagat dan nirmala keharmonian marcapada ini," tambah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page