top of page

KPM komited perkasa Sistem Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan (KPM) komited melaksana pendekatan manusiawi bagi memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat pendidikan berkualiti tinggi, relevan dengan keperluan semasa dan pada masa depan.


KPM dalam satu kenyataan berkata akan melaksana Sistem Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) sebagai satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK.


Ia bagi membangunkan potensi murid berdasarkan konsep mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan sekaligus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan untuk semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


"PASM bertujuan mengiktiraf kebolehan dan keupayaan MBPK menerusi penganugerahan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). MBPK di sekolah menengah yang tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan memperoleh SASM," kata kenyataan tersebut.


PASM akan merangkumi lima domain utama iaitu Kerohanian dan Nilai Murni; Akademik Fungsian; Pembangunan Personal dan Kemahiran; Interpersonal; Hidup Berdikari dan Pembangunan Kerjaya.


Melalui kaedah pentaksiran alternatif ini, ibu bapa atau penjaga MBPK dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak.


"KPM sentiasa berusaha memperkasakan pendidikan MBPK menerusi pengiktirafan, motivasi dan keyakinan bahawa mereka mempunyai potensi untuk cemerlang dalam sesuatu bidang.


"Murid MBPK yang tamat persekolahan diharapkan mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas yang dapat membantu mereka menceburi bidang pekerjaan bersesuaian dengan tahap keupayaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Malaysia MADANI," tambah kenyataan itu.


Mengulas lanjut KPM berkata, PASM terbuka kepada semua MBPK yang berada di institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.


Ia akan dilaksanakan secara berterusan ketika calon PASM berada pada peringkat menengah dengan menggunakan Environment-based Assesment Instrument (EBAI) dan Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif.


"PASM dilaksanakan secara sistematik dan berbantukan teknologi bermula daripada pendaftaran hingga ke pensijilan SASM," kata kenyataan yang sama.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page