top of page

KPM kembalikan kemahiran 3M, kurangkan kesenjangan pembelajaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 8, 2023
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) akan kembali memberi fokus kepada kemahiran asas literasi membaca, menulis dan mengira (3M).


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kemahiran asas literasi itu difokuskan kembali agar kesenjangan pembelajaran dapat dikurangkan.


Kesenjangan itu jelasnya adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.


Justeru jelasnya, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Program Literasi dan Numerasi (PLaN), Modul Bimbingan (MOBIM) dan Program STEM Executive Consultation (STEMEC) bagi menangani isu itu.

"KPM juga komited dalam memastikan murid menguasai literasi asas membaca, menulis dan mengira (3M) seawal yang mungkin bagi membolehkan mereka bersedia mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.


"Kegagalan untuk menguasai kemahiran asas ini akan mengekang murid daripada merealisasikan potensi mereka.


"Intervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum murid berpindah ke tahap II dan tahap III," katanya dipetik dalam satu program bual bicara di Putrajaya.


Sementara itu, Fadhlina juga turut memaklumkan Kurikulum Persekolahan 2027 akan memperkasa pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.


Pentaksiran Bilik Darjah bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran diubah suai bagi meningkatkan tahap penguasaan murid.


"Tumpuan tidak lagi diberikan kepada hasil tugasan semata. Guru akan menilai proses pembelajaran yang dilalui oleh murid secara holistik bagi membantu murid meningkatkan keupayaan dan potensi mereka dalam tugasan yang diberi.


"Dengan cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih fleksibel, menyeronokkan dan bermakna bagi guru dan murid," katanya

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page