top of page

KPM jamin kerjasama penuh siasatan kematian murid di Seremban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatan berhubung kematian seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Seremban pada Rabu.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, proses bedah siasat masih dijalankan dan pihaknya menunggu laporan lengkap sebelum sebarang tindakan diambil.


"Jika terbukti wujud unsur buli atau salah laku, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Media sebelum ini melaporkan seorang murid lelaki tahun empat ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sekolah berkenaan.


Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta berhampiran disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan buli.


Sementara itu Fadhlina turut memaklumkan, KPM melaksanakan intervensi psikososial bagi memberi sokongan emosi dan mental bukan sahaja kepada murid, malah guru serta warga sekolah yang terkesan dengan kejadian tersebut.


Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga murid berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page