top of page

KPM jadi Kepakaran Perutusan Memeranjatkan?



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikritik hebat sejak dua hari lalu apabila memutuskan sekolah kembali dibuka mulai 1 Mac ini, sedangkan kes jangkitan Covid 19 masih di atas 2,500 setiap hari.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Johor Ysahrudin Kusni, rakyat masih tidak lupa dengan pengumuman kementerian yang sama tahun lalu menamatkan sesi persekolahan dalam masa satu hari sehinggakan para ibu bapa bergegas pulang awal bagi mengambil anak-anak di sekolah malah bertambah yang mempunyai anak bersekolah asrama penuh di luar daerah menghadapi masalah untuk mambawa anak masing-masing pulang.


Katanya, kini sekali lagi kementerian membuat pengumuman mengejutkan sehingga mendapat jolokan sebagai Kepakaran Perutusan Memeranjatkan. Kementerian menimbulkan kemarahan ibu bapa kerana kurang dari sebulan sesi persekolahan 2021 akan dimulakan kembali secara berperingkat.


Ketidakpuasan hati ibu bapa itu, kata Ysahrudin, memuncak kerana sebelum ini mereka telah berhabis wang untuk membeli peranti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


"Ditambah lagi kesukaran merentas daerah juga negeri kerana menurut KPM, sesi persekolahan yang diumumkan secara pukul rata, tidak dinyatakan pengecualian negeri-negeri di bawah perlaksanaan PKP.


"Sedangkan vaksin belum diterima, masih lagi dalam darurat dan PKP di beberapa negeri masih berjalan. Adakah KPM tidak memikirkan kesemua perkara ini akan menyusahkan ibubapa?


"Belum lagi sekolah-sekolah yang berada di dalam zon merah pandemik Covid-19. Adalah amat wajar ibu bapa meragui tindakan KPM yang tidak sistematik," katanya.


Menurut ADUN Bukit Naning itu lagi, kerajaan perlu sedar keperluan sidang Parlimen dikembalikan dalam hal ini bagi memperhalusi isu-isu yang menyusahkan rakyat.


Kementerian, tanpa diawasi Parlimen katanya, langsung tidak memikirkan baik atau buruk sesuatu perkara terutama melibatkan para pelajar kerana tiada semak imbang berlaku sebelum diputuskan.


"Apakah KPM teralpa betapa bahayanya virus Covid-19 ini kepada pelajar jika masih statik dengan pengumuman semalam, secara semberono sahaja (mungkin selepas ini sekolah ditutup kembali).


"Janganlah membebankan para guru dengan tindakan "flip flop" yang amat jelas telah menyusahkan para ibu bapa. Malah pelapis negara kita juga jadi mangsa," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page