top of page

KPM hargai keputusan doktor kontrak tolak sertai mogok



Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyampaikan penghargaan kepada semua petugas kesihatan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan sekaligus menolak anjuran untuk mogok dalam kalangan doktor baru-baru ini.


Menurut Dr Zaliha, mogok yang diuar uarkan oleh pihak yang mempunyai motif tertentu itu dilihat bersifat ancaman dan provokasi sehingga sanggup membelakangkan keselamatan dan nyawa rakyat.


"Saya ingin menekankan mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul.


"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menghargai komitmen dan profesionalisme tinggi ditunjukkan petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.


"Keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi harus terus menjadi inspirasi setiap daripada mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula 3 hingga 5 April.


Jurucakap kumpulan dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram menyasarkan seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan sekaligus dibimbangi akan melumpuhkan sistem kesihatan negara.


Walau bagaimanapun mogok yang dianjurkan itu akhirnya tidak mendapat sokongan dari kalangan doktor kontrak sendiri.


"Kod etika profesional di kalangan pegawai perubatan dan yang lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan," tambah Dr Zaleha sambil menegaskan semua masalah dibangkitkan wajar ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul.


Untuk rekod, mogok terbabit didakwa terkait dengan pihak pembangkang apabila dikesan penganjurnya pro pembangkang berdasarkan kecederungan mereka di media sosial.


Oleh itu, kegagalan usaha mereka mempengaruhi doktor kontrak untuk mogok merupakan satu kemenangan Kerajaan Perpaduan mengatasi usaha mensabotaj sistem kesihatan negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page