top of page

KPM dan DBP tarik diri dari Pesta Buku Frankfurt



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.


Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebooknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bekata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.


Menurutnya, keputusan dibuat itu adalah selari dengan pendirian kerajaan bersolidariti dan menyokong penuh Palestin dan tidak akan berkompromi terhadap keganasan rejim Israel di Palestin.


"KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.


Selain KPM, Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengambil keputusan sama, tidak menyertai pesta buku tersebut.


Menerusi ciapan di Twitter, DBP menegaskan keputusan itu adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan.


"Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin - Israel pada ketika ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023," ciap DBP di laman X.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page