top of page

KPM cadang undang undang wajib pendidikan peringkat menengah



Kementerian Pendidikan (KPM) komitmen untuk memastikan tiada anak-anak yang tercicir dari pendidikan, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Bercakap dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara semalam, Fadhlina memberitahu pihak kementerian sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah.


"Ketika ini, berdasarkan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Akta Pendidikan 1996 hanya setakat Darjah 6 sahaja. Tetapi (menerusi) komitmen KPM, kita telah panjangkan dan sebar luaskan (perkara ini),” kata Ketua Wanita KEADILAN itu.


Beliau sebelumnya ditanyakan bilakah kerajaan akan mewajibkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah dapat dilaksana bagi memastikan tiada keciciran pendidikan dalam kalangan generasi muda negara ini.


Sementara Fadhlina menjelaskan buat masa ini KPM telah mengambil langkah menangani keciciran dengan mengadakan program Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan K11.


Bagi program K9 beliau menjelaskan ia adalah untuk memastikan anak-anak tidak tercicir daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 3, manakala K11 akan memastikan anak-anak akan terus berada di sekolah daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5


Ketika ini difahamkan Akta Pendidikan 1996 mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun.


Sekiranya gagal, ibu bapa boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page