top of page

KPM bertemu NGO, bincang pelaksanaan Modul Hadis 40



Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang bakal diperkenalkan kerajaan dianggap langkah penting dan serta signifikan untuk menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.


Pejabat Menteri Pendidikan melalui satu kenyataan berkata, pihaknya komited untuk melaksana inisiatif itu melalui projek rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana ia akan memberi impak positif serta gambaran sebenar mengenai nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.


Justeru Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah menganjurkan pertemuan dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat semalam, antara lain membincangkan inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi, pelaksanaannya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan negara.


"Pertemuan berlangsung dalam suasana muhibah, mencerminkan keterbukaan, kesepakatan dan komitmen semua pihak dalam membina Malaysia Madani berdasarkan kepada formula kepelbagaian dalam

bingkai kesatuan.


"Sesi pertemuan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyampaikan maklumat tepat mengenai inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


"Ruang dialog juga dibuka seluasnya selaras dengan salah satu teras utama KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi antara kementerian dengan setiap pemegang taruh," kata kenyataan itu.


16 NGO yang hadir ke sesi pertemuan itu adalah Angkatan Belia Islam Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Federation of Taoist Associations Malaysia, Christian Federation of Malaysia, Malaysian Buddhist Association, Malaysia Hindu Sangam, Malaysian Gurdwaras Council dan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.


Turut serta, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tamil Foundation (TMF), Persatuan Aliran Kesedaran Negara, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO, Friendship Group for Inter-religious Service, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Centre for Malaysian Chinese Studies, LLG Cultural Development Centre dan Professor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi.


Dalam kenyataannya sama Pejabat Menteri Pendidikan itu sekali lagi menegaskan inisiatif penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi hanya melibatkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page