top of page

KPM beri perhatian serius isu kekurangan guru sekolah - Fadhlina



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian serius berkenaan isu kekurangan guru di sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, isu kekurangan guru yang berlaku di semua jenis sekolah adalah bersifat sementara dan KPM sedang merangka strategi untuk mengatasinya.


"Keperluan guru baharu sekolah rendah direncana berdasarkan kepada kekosongan perjawatan mengikut opsyen serta guru masuk dan keluar daripada sistem mengikut opsyen keluaran latihan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


"Strategi bagi mengatasi isu ini dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang. Ini termasuk menerusi lantikan Contract of Service (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan PISMP.


"Pengambilan guru melalui PISMP dilakukan secara berterusan bagi mengisi kekosongan di semua jenis sekolah melibatkan semua opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Tamil," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, isu tersebut telah dibincangkan dalam beberapa sesi libat urus hala tuju pendidikan bersama SJKC dan SJKT sepanjang tahun 2023.


KPM, katanya, sentiasa prihatin mengenai perkara itu dan memastikan kebimbangan setiap pemegang taruh ditangani dengan wajar


"(Dalam hal ini) KPM telah melaksanakan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyen (retagging) guru opsyen Bahasa Cina di semua sekolah. Setiap proses berkenaan unjuran guru dilaksanakan dengan teliti bersandarkan kepada data yang telah disahkan serta menerusi sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.


"Intervensi ini penting bagi memastikan hanya data rasmi dan tepat yang dijadikan rujukan berkaitan unjuran kekurangan guru bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya.


Tegas beliau, KPM bersama-sama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah dapat diatasi dalam tempoh yang munasabah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page