top of page

KPM benar sekolah ditutup jika suhu panas melampau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1, 2023
  • 1 min read


Pentadbir sekolah diberi kebenaran menutup sesi persekolahan sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.


Kebenaran itu diberi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi siaran surat pekeliling yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili.

Jelas surat berkenaan, memandangkan situasi cuaca panas melampau di beberapa lokasi di seluruh negara ketika ini, segala aktiviti luar melibatkan murid, pelajar dan guru antaranya merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian mesti dihentikan .


"Penutupan institusi pendidikan akibat status suhu harian bagi cuaca panas hendaklah dimaklumkan oleh pentadbir kepada pendaftar dengan serta merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium yang sesuai.


"Pentadbir hendaklah mengemukakan surat permakluman rasmi kepada pendaftar berhubung penutupan institusi pendidikan atas sebab status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran dua.


"Ia mesti dilampirkan bersama-sama dokumen sokongan yang menjelaskan tentang proses penilaian risiko dijalankan sebelum keputusan untuk menutup institusi pendidikan," kata pekeliling itu dipetik Sinar Harian.


Surat siaran berkuat kuasa serta-merta itu terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan terkesan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Selain itu, pihak pentadbir perlu memastikan bilik di premis sekolah mempunyai pengudaraan baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang risiko seperti strok haba.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page