top of page

KPM bakal umum mekanisme baharu tingkat keselamatan sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 21
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan (KPM) bakal mengumumkan beberapa langkah tambahan bagi memperkukuh aspek keselamatan di sekolah, susulan beberapa insiden yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan warga pendidik.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, kementeriannya kini sedang meneliti secara menyeluruh mekanisme baharu bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah berada pada tahap terbaik.


"Beberapa insiden yang berlaku lewat ini menuntut kita bekerja dengan lebih kuat untuk memperbaiki kelompongan yang ada demi memastikan keselamatan anak-anak, para guru dan seluruh warga pendidikan," katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya.


Hantaran itu menyusul pertemuan dan sesi ‘debrief’ bersama pasukan sokongan psikososial yang sedang melaksanakan intervensi krisis bagi membantu warga sekolah yang terjejas, termasuk aspek kesihatan mental.


"Kami sedang menggiatkan usaha menyusun semua mekanisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah selamat


"Selain itu, beberapa perbincangan turut diadakan berhubung langkah penambahbaikan disiplin pelajar dan keselamatan sekolah sebagaimana keputusan Jemaah Menteri baru-baru ini," tambah Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.


Minggu lalu, Jemaah Menteri mencadangkan tiga langkah segera bagi menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah yang semakin membimbangkan.


Tiga langkah itu meliputi meningkatkan pemantauan keselamatan di sekolah, larangan penggunaan telefon pintar dan media sosial kepada pelajar berusia 16 tahun ke bawah serta penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan nilai dan akhlak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page