top of page

KPM bakal bentang pindaan wajibkan pendidikan menengah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) akan membentangkan pindaan Akta Pendidikan 1996 pada sesi Parlimen Julai ini bagi mewajibkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pindaan itu bagi mewajibkan semua golongan muda mendapat pendidikan sehingga umur 17 tahun.


"Mudah-mudahan kita sempat untuk bentangkan pindaan untuk Dasar Pendidikan wajib sekolah menengah dulu," katanya dipetik pada Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN (#EduRoundtables2025).


Persidangan meja bulat yang diadakan di Langkawi semalam disertai menteri-menteri pendidikan ASEAN, organisasi antarabangsa seperti UNESCO, UNICEF, SEAMEO dan ICESCO tujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pendidikan.


Fadhlina sementara itu menjelaskan, pindaan itu akan memperkukuh hak pendidikan berkualiti bagi semua murid sehingga tamat sekolah menengah sekaligus sebagai usaha tuntas menangani isu keciciran pelajar.


Selain itu KPM juga tegasnya turut meneliti pelaksanaan pendidikan prasekolah wajib.


"Sekiranya selesai dasar untuk sekolah menengah, pasukan kita sedang melihat untuk kepentingan dasar pendidikan wajib prasekolah.


"Namun sebelum kita melaksanakan dasar untuk mewajibkan prasekolah, kita harus sediakan ekosistem, prasarana dan guru yang kompeten dan terlatih terlebih dahulu. KPM melihatnya sebagai perkara signifikan untuk dicapai dalam masa akan datang," tambahnya.

Sesi Parlimen seterusnya dijadualkan bermula 21 Julai hingga 28 Ogos ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page