top of page

KPM akan terap Kod Sukan Selamat di Sekolah



Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil satu lagi langkah proaktif dalam menjamin keselamatan pelajar semasa berada di Sekolah.


Menterinya, Fadhlina Sidek memaklumkan pihak kementerian akan memeterai kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu depan bagi menerapkan Kod Sukan Selamat di sekolah.


Penerapan kod itu yang selaras hasrat kementerian mewujudkan ekosistem selamat untuk anak-anak bersukan dan dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan akan terpakai untuk semua jenis kejohanan sukan di peringkat KPM.

"Intipati Kod Sukan Selamat ini antara lain adalah pengiktirafan berdasarkan olimpik punya kod.


"Yang kedua, ia merangkumi banyak aspek khususnya tentang etika perlindungan dan peranan ibu bapa komuniti sukan secara keseluruhan, dan akhirnya pastilah berkait rapat dengan akses untuk membuat aduan sekiranya ada kes-kes melibatkan gangguan seksual, buli dan sebagainya," kata Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah pada sesi persekolahan 2023.


Ini kerana jelasnya harga makanan di kantin adalah termaktub di dalam garis panduan dan perjanjian antara pengusaha, pihak sekolah dan kementerian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page