top of page

KPM agih peruntukan baiki tandas semua sekolah



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata peruntukan itu bagi menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah dalam usaha kerajaan memastikan keselesaan pelajar.

"Kita akan berikan peruntukan penyelenggaraan kepada semua sekolah di bawah KPM akan menerima kira-kira RM70,000 untuk penyelenggaraan.


"Kami hanya beri tiga bulan sahaja untuk semua sekolah melaksanakan program ini dan mahu melihat hasil dan impak kepada (kerja) menaik taraf tandas sekolah," katanya dipetik selepas menyempurnakan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2002 di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara pada Selasa.


DUTA adalah usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru, sekolah, PPD dan JPN di atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.


Pembangunan bakat dan modal insan dalam ekonomi digital memerlukan persiapan generasi murid yang fasih dalam bidang itu yang pada masa sama berupaya menghadapi apa juga cabaran.


Sementara itu, Fadhlina ketika mengulas mengenai Dasar Pendidikan Digital berkata dasar itu juga sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dilaksanakan segera.


Jelasnya, terdapat beberapa teras penting dalam dasar itu yang berkaitan dengan digital dan apa paling penting adalah meningkatkan infrastrukturnya terlebih dahulu.


"Maka tumpuan kita sekarang adalah memperbaiki infrastruktur dan ekosistem digital seluruh sekolah dan oleh sebab itu juga kita akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) untuk memastikan ia lebih kukuh.


"KPM juga telah menjalankan beberapa program khusus untuk mengangkat dan memperkemaskan sistem digital di sekolah dan kita berharap ia adalah usaha berterusan utk memastikan tidak ada sekolah yang terpinggir daripada digital.


"Program ini juga sudah bermula dan sebanyak 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada program Point of Presence (PoP) oleh KKOM," kata Ketua Wanita parti KEADILAN itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page